Blinking Star.


Friday 12 April 2013

Tali

Ikatan dan simpulan sebenarnya amatlah penting dalam kehidupan kita. Ianya boleh digunakan ketika kita berekreasi, berkhemah, untuk membuat rak kasut, rak pinggan dan banyak lagi. Ikatan boleh mengukuhkan lagi sambungan antara tali atau simpulan penyambung. Ikatan tali ada pelbagai jenis, contoh-contoh dibawah adalah ikatan asas dalam tali temali:
a)    Ikatan buku sila
Digunakan untuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula. 


b)    Ikatan bunga geti
Digunakan bagi menyambung hujung tali yang tidak sama besar, misalnya tali perahu dengan tali kapal. 


c)    Ikatan tindih kasih
Digunakan untuk mengikat leher binatang supaya tidak terjerut, dan membuat lubang tali yang tidak terjerut untuk mengangkat mangsa atau bianatang ke atas seperti kucing terjatuh ke dalam telaga.


d)    Ikatan angka lapan
Ikatan angka lapan atau simpulan angka lapan adalah satu variasi dari ikatan simpul mati untuk kegunaan yang sama, tetapi simpulan angka lapan adalah lebih senang dibuka jika dibandingkan dengan simpul mati.



No comments:

Post a Comment