Blinking Star.


Saturday 6 April 2013

Kenapa perlu menyejukkan badan dan membuat kelonggaran?


Selepas melakukan senaman dengan lasak, secara beransur-ansur anda perlu mengurangkan tahap keseriusan senaman dengan berjoging atau berjalan secara perlahan. Kemudian lakukan semula regangan dan melonggarkan tubuh seperti sebelum bersenam. Berhenti secara tiba-tiba selepas melakukan senaman juga sangat merbahaya. Ambil sedikit masa untuk menyejukkan otot secara teratur untuk mengelakkan kekejangan dan mengurangkan kesakitan otot. Menyejukkan badan menyebabkan rerambut otot menutup dan menghalang darah berkumpul yang boleh membawa kepada penurunan tekanan darah secara tiba-tiba, dengan melakukan kelonggaran selepas bersenam membantu untuk:

    a)    Menurunkan suhu badan secara beransur-ansur
    b)    Menjajar semula otot-otot
    c)    Mengurangkan kesakitan dan kerengsaan selepas senaman
    d)    Menggalakkan pengaliran darah ke jantung
    e)    Membantu mengeluarkan bahan buangan dari badan
    f)     Mententeram atau merelakskan anda
    g)    Asid laktik yang banyak terkumpul di otot dapat dihantar semula ke hati untuk disimpan dan dijadikan   
        semula tenaga apabila diperlukan.
    h)    Darah pada otot mempunyai kandungan karbon oksida yang tinggi. Darah ini harus dihantar e jantung   
        dan seterusnya ke paru-paru. Ketika ini, gas karbon dioksida akan dileaskan ke udara dan gas oksigen 
         akan diambilkan sebagai ganti.
     i)      Menurunkan suhu dan kadar denyutan jantung ke tahap normal.

Kesimpulannaya, apabila kita berhenti melakukan sebarang aktiviti secara mengejut akan memberi impak negatif dan bahaya kepada anggota badan. Aktiviti menyejukkan badan perlu dilakukan supaya sistem tubuh badan tidak mengalami kejutan akibat perubahan yang berlaku dengan tiba-tiba.

No comments:

Post a Comment