Blinking Star.


Thursday 11 April 2013

Perkhemahan Peringkat Negeri Di Tangok Kelantan

Perkhemahan peringakat negeri ini diadakan di Tangok Kelantan dan mengambil masa selama tiga hari dua malam. Perkhemahan ini melibat semua sekolah dari setiap daerah di Kelantan. Rombongan ini terdiri daripada lima orang pelajar sebagai wakil bagi setiap sekolah.

Selepas pendaftaran, para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Aktiviti dimulakan dengan memilih tempat untuk mendirikan khemah serta membersihkan tapak perkhemahan sebelum mendirikan khemah. Setiap kumpulan mempunyai tugasan mereka yang tersendiri termasuklah memasak makanan.Para peserta dan guru menunaikan solat berjemaah.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah, pertandingan kawad kaki, pertandingan pandu arah di mana sekolah kami mendapat tempat kedua. yeayyy! huhe. Latihan berkayak juga diadakan. Para peserta diarahkan untuk menyelam ke bawah kayak, sebelum berkayak selama satu jam setengah di samping diarah berlari di dalam lumpur untuk menguatkan ketahanan fizikal.

Selain itu, untuk menguji daya fizikal, para peserta telah menjalani aktiviti titian sempit, merentasi dawai berduri serta memanjat tembok. Peserta juga turut diberi peluang mencuba fying fox. Hari terakhir perkhemahan telah diisi dengan ceramah yang memberi penekanan tentang perubahan sikap dan tahap tanggungjawab dan integriti.

Antara pengalaman sukar yang telah dilalui sepanjang perkhemahan tersebu ialah, kerosakan khemah, tidur dlam kesejukan memandangkan khemah dilimpahi air hujan sepanjang perkhemahan, suakr mendapatkan sumber air untuk mandi dan hanya mandi sewaktu aktiviti berkayak hehehehe..dan mendapat kecederaan di kaki semasa aktiviti kawad.

No comments:

Post a Comment