Blinking Star.


Friday 12 April 2013

Orienteering


Orienteering.
1.       Peralatan
Ø  Kompas orienteering/primastik
Ø  Parang
Ø  Peralatan pertolongan cemas
Ø  Botol air
Ø  Kasut yang sesuai
Ø  Wisel(setiap peserta)
Ø  Alat tulis dan buku nota kecil
Ø  Pakaian yang sesuai
2.       Jenis- jenis orienteering.
Ø  Orienteering merentas desa
Ø  Orienteering bermarkah
Ø  Orienteering jalan raya
Ø  Orienteering bukit
Ø  Orienteering malam
Ø  Orienteering berganti-ganti
Ø  Norwegian event.
3.       Sukan orienteering biasanya dilakukan secara berlari atau berjalan. Walau bagaimanapun orienteering turut dilakukan dalam beberapa variasi mengikut kesesuaian keadaaan. Antara cara orienteering di lakukan adalah seperti berikut:
Ø  Ski orienteering
Ø  Mountain bike orienteering
Ø  Canoe orienteering
4.       Peta orienteering.
Peta merupakan elemen yang terpenting dalam orienteering di mana tanpa peta, orienteering tidak dapat dijalankan. Oleh itu, orienteering memerlukan satu peta yang khas yang dibuat mengikut spesifikasi yang telah di tetapkan oleh IOF.

Peta orienteering di buat oleh mereka yang mempunyai pengetahuan dan minat yang mendalam dalam orienteering. Hanya mereka yang memahami apakah yang perlu dimasukkan ke dalam peta orienteering bagi membantu para peserta menggunakan segala ciri yang ada di atas tanah dan peta sebagai panduan navigasi.
Satu peta yang lengkap perlu mengandungi butiran-butiran berikut:
Ø  Nama tempat
Ø  Skala
Ø  Petunjuk
Ø  Arah utara peta
Ø  Sela kontur
Ø  Garisan-garisan utara
Ø  Kredit (juruukur dan kartografi)
Warna turut memainkan peranan penting dalam menentukan kategori/spesifikasi setiap symbol di mana warna-warna ini telah ditetapkan mengikut piawaian IOF. Peta orienteering dilukis di dalam enam warna untuk symbol-simbol seperti :
a)      Hitam-ciri buatan manusia dan batu
b)      Biru- cirri-ciri air
c)       Putih- keadaan tumbuhan:hutan berlari
d)      Hijau-keadaan tumbuhan:hutan berjalan/redah
e)      Kuning-keadaan tumbuhan terbuka
5.       Kontur
Garisan kontur yang terdapat di dalam peta orienteering adalah untuk mengambarkan keadaan rupa bumi iaitu bentuk keadaan tanah yang sebenar. Ini termasuk menunjukkan ketinggian sesuatu tanah, bukit, gunung dan sebagainya. Caraterbaik untuk memahami kontur adalah secara pratikal iaitu dengan membawa peta dan membandingkan keadaan tanah dengan garisan-garisan kontur di atas peta. Mengetahui beberapa cirri atau keadaan di tanah tinggi di mana ciri-ciri ini digunakan sebagai titik kawalan. Membantu peserta untuk merancang laluan yang lebih baik dan mengelakkan dari pendakian cerun curam yang tidak perlu.

Jarak antara garisan-garisan kontur menggambarkan keadaan sesuatu cerun tanah tinggi. Garisan yang dapat menggambarkan suatu cerun yang curam dan yang renggang menggambarkan suatu cerun yang landai. Berikut adalah contoh bentuk-bentuk kontur yang menggambarkan keadaan tanah dan beberapa cirri yang terdapat padanya.
Berikut adalah contoh bentuk-bentuk kontur yang menggambarkan keadaan tanah dan beberapa cirri yang terdapat padanya:
a)      Susuh bukit (Spur)
Susuh bukit merupakan sebahagian tanah yang menganjur keluar dari sesuatu kawasan tanah tinggi.
b)      Ceruk (Re-entrant)
Ceruk adalah berlawanan dengan sush bukit di mana ia adalah tanah yang melengkung ke dalam dari sesuautu kawasan tanah tinggi. Biasanya aliran sungai dari tanah tinggi melalui kawasan ini.
c)       Permatang
Permatang adalah puncak antara dua tebing yang panjang yang menyambungkan beberapa siri bukit atau tanah tinggi.
d)      Knoll
Suatu bukit kecil yang boleh dilihat dengan jelas dimana-mana dataran sama ada di kawasan tanah pamah atau tanah tinggi.
e)      Pelana
Pelana adalah lekukan diantara knol

No comments:

Post a Comment