Blinking Star.


Friday 12 April 2013

Jenis-Jenis Khemah


Ada terdapat pelbagai jenis khemah dalam aktiviti rekreasi misalnya seperti khemah A, khemah Iglu, khemah Ridge, khemah Satu Tiang. Terdapat juga berbagai-bagai bentuk dan saiz khemah dipasarkan .ada juga khemah yang dipanggil khemah Bivouac yang bermaksud tempat berteduh ‘makeshift’ yang diperbuat daripada bahan semulajadi yang ada dalam persekitaran kita.
            Di bawah adalah penerangan mengenai beberapa jenis khemah yang ada dan biasa digunakan oleh peminat-peminat rekreasi.Khemah ini mendapat namanya dari dua tiang aluminiumnya yang berbentuk ‘A’ bila dipasang.Khemah ini juga dikenali sebagai poncho (seperti yang digunakan oleh tentera) yang sesuai digunakan di kawasan tanah rendahatau pantai. Khemah ini juga akan memberi kitaran udara yang baik di tempat-tempat yang agak panas. Cara memasangnya ialah dengan mengantung seluruh khemah kepada bucu (apit) A. Pepenjuru khemah itu diregang dengan tali teraju. Flap (jurai depan) terdiri dari tiga unit ala ‘foc’. Keseluruhannya ringkas dan berdinding tinggi yang mnejadi ruang kepada lega dan selesa.
            Khemah ini adalah khemah yang paling popular digunakan oleh peserta yang menyertai aktiviti perkhemahan.Saiznya memuatkan tiga orang peserta.Khemah ini mengandungi dua layar yang biasanya disekalikan dengan alas tanah poncho, 9 bilah pancang (peg)keluli untuk tali teraju. Dua pasang tiangnya dari aluminium berslot )pasang tanggal). Biasanya dua layar khemahnya disambungkan dengan butang tap. Khemah ini disediakan dalam dua bungkusan untuk dibawa di dalam rucsuc.Sesuai didirikan di bawah pohon yang rimbun.Khemah tersebut sangat mudah dipasang dan dirombak. Masa pemasangannya lebih kurang hanya lima minit sahaja. Khemah ini diperbuat daripada sumber fabric poplin yang kalis air.Bila diregangkan flapnya menjadi dinding setinggi 23 cm dan dipasang dengan kecerunan 45ยบ.Khemah ini juga boleh dikatakan khemah “instant”.
            Di bahagian depan khemah ini terbuka. Khemah ini disukai oleh pekhemah-pekhemah ‘backwoods’ yang tidak menghiraukan sangat terhadap binatang liar dan kerenah cuaca.Khemah Condong Whelen dan Khemah Ahli Perhutanan tidak berlantai dan mudah dipasang. Khemah condong ini adalah seperti ketuhar pantulan, memantulkan haba dari unggun api daripada layar (dinding) belakangnya dengan itu memanaskan penghuninya (penghuni tidak memerlukan selimut). Khemah ini sesuai dengan persekitaran hutan tebal di mana tidak terdapat tiupan angina yang kencang dan jarang sekali digunakan pada musim banyak serangga.Dengan membelakangi arah angina pekhemah dilindungi dari hujan.Khemah yang tidak berlantai ini hanya sesuai untuk penginapan beberapa malam sahaja walaupun bagi pekhemah yang lasak.Pekhemah yang baru mencuba tidak digalakkan menggunakan khemah ini.
            Inilah di antara khemah yang paling sempurna.Gambar rajah boleh menghuraikan lebih baik daripada perkataan.Biasanya khemah ini dipasang di perhimpunan pengakap.Bentuknya hebat dan gagah serta kukuh.Ada 23 unit atau perkara yang perlu diketahui untuk memahami struktur atau kelengkapan khemah ini.Strukturnya berasaskan 2 batang tiang seri (o) dan rabung (d).ketegangan dan keregangannya bergantung kepada 4 utas Teraju Besar, Penahan Ribut (h) dan Teraju Pelari (v).
            Khemah di atas adalah khemah yang agak ‘advanced’. Khemah ini mempunyai 4 batang tiang yang berasuk dan begelegar.Di atas gelegar dibuat lantai tidur.Tiang yang cakah ke atas memberi ruang yang cukup untuk dipasang pelantaian yang digunakan sebagai ‘meja makan’ dan tempat duduk yang tergantung serta satu tangga yang tergantung untuk naik ke atas. Layar khemahnya diregang oleh dua pasang teraju di depan dan di di belakang dan sepasang tiang aluminium yang di masukkan ke dalam mata khemah yang terdapat di penjuru hujung. Khemah ini tidak dicadangkan kepada pekhemah-pekhemah novis, kerana ia memerlukan latihan dan kemahiran ikatan dan simpulan.
            Khemah ini adalah ‘relik’ peneroka-peneroka sempadan, pengembara-pengembara ‘Wild West’ di zaman Davy Crocket dan Daniel Boone.Bentuknya amat ringkas menggunakan anak kayu yang dirincih dan dipaut untuk menggantung khemah pada kedua hujungnya.Khemah ini menggunakan 10 pancang dari cabang ranting.Biasanya digunakan untuk tempat berteduh bagi pemburu, pemancing dan pengembara di hutan termasuklah ahli kaji ukur yang tinggal sehari dua di dalamnya.Bahan fabriknya adalah nilon dan poplin kalis air.Tidak terdapat alas bumi (groundsheet) atau jejaring serangga. Memandangkan cara memasangnya begitu ringkas, ia boleh dianggap khemah bivouac yang agak selesa dan baik. Khemah ini terdapat dalam dua variasi.
            Sejak beribu-ribu tahun akhirnya orang Dayak Merah Amerika telah menyempurnakan bentuk khemah yang dipanggil tepee.Kadang-kadang dipanggil ‘wigwam’.Bagi golongan nomadis yang hidup kekal di bawah khemah di alam yang luas ini, inilah bentuk atau struktur khemah yang dikatakan unggul.Unggun kecil boleh dipasang terus dalam khemah.Khemah ini kukuh dan tahan tiupan angin.Cuma terdapat sedikit kelecehan sewaktu memasang khemah ini.Khemah ini terpaksa dipasang di atas satu struktur tiga segi dari tiga tiang panjang. Setelah khemah dipasang lebih banyak tiang dipasang untuk mengembangkan fabrik khemah, dan dua tiang lagi untuk mengawal satu corong asap pada puncaknya. Saiznya adalah 3.67m x 3.35m hingga 6.09m x 5.51m.
            Khemah ini adlah satu variasi khemah dinding untuk satu keluarga bersaiz 3.05m x 5.51m.Khemah ini kelihatan seperti pondok kanvas, ruang dalamnya luas.Oleh kerana saiznya yang besar, khemah ini tidak begitu stabil dalam keadaan cuaca berangin.Khemah ini juga memerlukan beberapa tali teraju bila memasangnya.Bagi Negara beriklim panas, kadang-kadang khemah ini diberi dua lapis dinding iaitu bahagian luarnya fabric khemah biasa dan lapis keduanya dari jaringan serangga.Bila cuaca bertambah panas, dinding luarnya disingkap dan lapisan dalamnya dilindungi oleh juntaian lebar yang melindungi daripada cahaya matahari.
            Khemah ini adalah untuk keluarga atau satu patrol pengakap kerana variasi saiznya. Berdinding tinggi (2.13m x 3.05m) dipasang di atas rangka bumbung (berabung) dan tiang sokong seperti Khemah Cottage.Beza khemah ini dengan Khemah Cottage ialah bumbungnya rata dan dipasangkan satu lapisan atap berasingan, iaitu terdapat ruang udara antara atap khemah dengan pepayung (canopy) berasingan di atasnya itu.Khemah ini amat sesuai digunakan ketika perkhemahan secara berkumpulan.
            Khemah ini adalah khemah ringkas yang rendah untuk bermalam satu atau dua malam semasa berdayung.Ukurannya kecil sahaja contoh 1.52m x 2.13m.Lantainya terjahit sekali dengan khemah dan lazimnya disertakan dengan sepasang tiang aluminium.Harganya tidaklah terlalu mahal.
            Khemah ini diperbuat daripada fabric poplin dengan jaringan serangga,serta lantai yang sedia dijahit. Saiznya 2.13m x 2.43m dengan beratnya 5.45kg boleh memuatkan tiga orang.Model yang lebih kecil dipanggil khemah ‘canoe’ (trap tent) untuk pendayung berehat bersama canoenya.Khemah penjelajah disekalikan dengan tiang-tiang aluminium bersama palang T bila memasangnya.Layar khemah digunakan sebagai penutup muatan canoe.Khemah penjelajah ‘tropikal’ tanpa lantai, jejaring serangga dan padat.
            Khemah Tarp adalah khusus untuk pekhemah berperahu.Perahu, canoe atau kayak disendengkan. Kemudian satu layar khemah akan direntangkan di atasnya dengan memancang satu bahagian hujungnya sementara satu hujung lagi berada di belakang canoe dan ditindih dengan tongkol-tongkol batu atau sebaik-baiknya dipancang juga.
            Sesiapa yang berhasrat untuk berkhenah di tanah tinggi yang gondola iaitu terdedah kepada angina kencang, terpaksalah menangggung suasana yang tidak selesa.Maka dengan itu khemah pendaki tidak begitu selesa.Khemah pendaki mestilah kecil dan ringan dan tahan lasak kencang.Sebuah khemah yang muat seramai dua orang berukuran 1.52m x 2.13m dan untuk lapan orang berukuran 2.43m x 2.74m.khemah ini diperbuat daripada nilon yang paling ringan, dengan dua lapisan penutup nilon di bumbungnya untuk jalan keluar kerpasan dari dalam. Khemah ini mudah dipasang dan dirombak, ringan untuk dibawa dan tahan lasak terhadap cuaca yang melampau.Oleh kerana strukturnya yang kukuh, harganya agak mahal.
            Khemah nilon berbentuk ‘Dome’ adalah sesuai digunakan di pergunungan kerana boleh ditutup dan menghalang dari kesejukan.Khemah ini boleh memerangkap udara panas di dalam khemah dan manghalang angina sejuk dari meneroboske dalam. Dengan ini memberi keselesaan kepada pengguna di persekitaran yang sejuk.

No comments:

Post a Comment