Blinking Star.


Saturday 6 April 2013

Kenapa perlu memanaskan badan dan membuat regangan?

Faktor utama memanaskan badan ialah untuk melindungi otot, tendon dan ligament daripada terkoyak ketika pergerakan regangan yang kasar. Ini penting, terutamanya bagi aktiviti seperti membaling dan menendang bola yang memerlukan pelbagai gerakan. Latihan memanaskan badan juga meningkatkan pengaliran darah melalui tisu lembut dengan melebarkan saluran darah dan hasilnya suhu meningkat dan anggota badan menjadi lembut. Diantara sebab-sebab kenapa perlunya memanaskan badan dan membuat regangan adalah untuk:
  a)    Mengelakkan kecederaan
Tujuan memanaskan badan adalah untuk mengelakkan kecederaan. Bayangkan tubuh badan kita seperti sebuah kenderaan. Sesebuah kenderaan itu perlu dipanaskan enjinnya terlebih dahulu sebelum ia dapat bergerak dengan lancer tanpa merosakkan enjin. Begitu juga dengan tubuh kita, jika kita mengabaikan aktiviti memanaskan badan mungkin boleh mendatangkan kecederaan yang teruk.
  b)    Meningkatkan prestasi
Mengikut kajian yang dilakukan, seorang yang melakukan aktiviti memanaskan badan didapati lebih aktif dan berprestasi tinggi di dalam sukan berbanding mereka yang tidak memanaskan badan. Ini kerana apabila seseorang melakukan aktiviti memanaskan badan, darah akan mengalir lebih banyak kedalam otot menyebabkan pembahagian nutrient ke otot yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga berlaku dengan lebih pantas.
  c)    Mengelakkan kekejangan otot
Seperti apa yang telah saya terangkan di atas, aktiviti memanaskan badan membuatkan darah mengalir ke otot dengan lebih baik. Darah itu bukan sahaja membawa nutrient malah oksigen dan elektrolit yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Kekurangan oksigen dan elektrolit yang diperlukan oleh tubuh badan kita boleh menyebabkan kekejangan otot dan cara untuk mengelakkannya adalah dengan memanaskan badan sebelum bersukan dan mendapatkan bekalan air yang mencukupi.
   d)    Menyesuaikan kadar denyutan jantung
Memanaskan badan adalah satu cara untuk memberitahu jantung bahawa anda akan melakukan aktiviti yang akan memerlukan kapasiti yang tinggi sebentar lagi. Ia dapat menyesuaikan jantung kita secara berperingkat agar ia tidak “terkejut” dengan tekanan yang dating secara tiba-tiba.
   e)    Mengurangkan kesakitan selepas bersukan
Kadangkala apabila kita melakukan sesuatu aktiviti yang memerlukan penggunaan kapasiti otot yang tinggi seperti bersukan dan bersenam, kita akan merasai kesannya apabila kita bangun dari tidur keesokkan harinya. Ia merupakan kesan daripada aktiviti berat yang kita lakukan. Dengan memanaskan badan terlebih dahulu anda dapat mengurangkan kesakitan selepas bersukan.

Selain itu, berdasarkan teori, meregangkan badan sebenarnya adalah perbuatan yang dilakukan untuk memanjangkan otot bertujuan meningkatkan jurang gerakan dan keanjalan atau kelenturan otot. Ramai atlit melakukan aktiviti ini sebelum atau selepas bersenam bagi meningkatkan keupayaan dan mengurangkan kecederaan.
Kesimpulannya, banyak kajian menunjukkan regangan amat penting bagi memastikan keanjalan atau fleksibiliti otot dan mengelakkan kecederaan ketika bersenam. Ia meningkatkan keupayaan dan fleksibiliti sendi, memperbetulkan postur atau struktur tubuh untuk senaman dan merehatkan (melonggarkan) otot. Bagaimanapun, regangan perlu dilakukan dengan teknik yang betul bagi memastikan tubuh badan mendapat manfaat optimum.

5 comments: