Blinking Star.


Friday 12 April 2013

First Aid

A.      Peralatan untuk pertolongan cemas.
1.       Pembalut luka yang telah dibasmi kuman.
2.       Kain kasa yang tidak melekat, kering dan dilapisi paraffin.
3.       Plaster kalis air.
4.       Pembalut kain anduh.
5.       Kapas.
6.       Losen calamine untuk selaran matahari, sengatan dan lain-lain.
7.       Tablet analgesia (aspirin atau paracetamol larut)
8.       Penyepit kecil, gunting dan pin penyelamat.
9.       Thermometer.
10.   Cermin kecil
11.   Larutan iodine
12.   Krim pembasmi kuman
13.   Gulungan pengikat berpelekat
14.   Lampu picit
15.   Tisu putih.
B.      Senarai ubat-ubatan untuk keperluan pendidikan luar.
1.       Panadol
2.       Tablet untuk mual
3.       Minyak angin
4.       Handyplast
5.       Kain anduh
6.       Kapas
7.       Losyen calamine
8.       Larutan iodine
9.       Krim pembasmi kuman
C.      Langkah-langkah keselamatan
Antara asas-asas pertolongan cemas yang perlu diketahui adalah:
Ø  Membantu mangsa secukupnya (bantuan keselamatan asas)
Ø  Mulakan prosedur pernafasan (pertolongan cemas primer)
Ø  Hentikan pendarahan
Ø  Merawat renjatan
Ø  Merawat kecederaan mata
Ø  Merawat luka terbakar.
D.      Tindakan semasa kecemasan.
1.       Bertenang dan jangan panic
2.       Buat penilaian tentang keadaan keseluruhan dan mangsa yang terlibat
3.       Beri bantuan kepada mangsa yang paling serius dahulu
4.    Minta bantuan pihak profesional
5.    Sebaik-baiknya alihkan keadaan bahaya daripada mangsa atau alihkan mangsa daripada keadaan
       bahaya.
6.    Mententeramkan mangsa.
7.    Jangan lupa tentang pernafasan dan denyutan jantung. jika mangsa ramai, minta bantuan orang di sekitar
       anda.
8.    Kekalkan ketenangan diri.
9.    Apabila bantuan profesional tiba, laporkan apa yang telah anda lakukan dan serahkan tanggungjawab
       merawat mangsa kepada mereka.
10.  Ingat matlamat pertolongan cemas adalah untuk mengekalkan pernafasan dan denyutan jantung.




No comments:

Post a Comment