Blinking Star.


Friday 12 April 2013

Kayak

SEJARAH SEPINTAS LALU

Pendayung-pendayung kenu dankayak di masa kini menikmati kemudahan pergerakan kenderaannya yang hidronamik dan diperbuat daripada bahan yang begitu teguh dan boleh dipergunakan di berbagai keadaan air. Sebenarnya kemudahan yang dinikmati ini adalah menuruti satu revolusi sejarah pembinaan yang mengkagumkan. Pada zaman dahulu, malah sehingga sekarang kenu (canoe) atau dugout masih digunakan oleh sesetengah masyarakat sebagai kenderaan pengangkutan, memburu dan berniaga. Di Amerika Utara pula, kenu kaum Red Indian diperbuat daripada kulit-kulit pokok papyrus atau balsa dan kaum Eskimo pula melapikkan kulit-kulit binatang ke atas kayaknya.
            Orang yang mula-mula yang boleh dikatakan memperkenalkan kenu sebagai satu sukan pengembaraan ialah seorang peguam Inggeris bernama JOHN Mc Gregor tetapi lebih dikenali dengan nama Rob Roy. Rob Roy telah memulakan siri-siri pengembaraan yang menakjubkan seperti di sungai Jordan, Nile, Laut Paltic sepanjang pertengahan kurun ke-19. Kelab kenu pertama di dunia ditubuhkan di Themes, England. Di negara Jerman pula, kegiatan kenu bertambah pesat dengan terciptanya jenis Klepper, yang boleh dipasang simpan (folded canoe).
            H.W.Fawlata memperkenalkan “Eskimo Roll” kepada masyarakt umum di Eropah pada tahun 1927 selepas membuat kajian mengenainya dari orang-orang Eskimo dari kepulauan Artik. Tahun1946 pula, memperlihat tertubuhnya International Canoe Federation. Kemahiran-kemahiran dalam kayak juga berkembang dengan pesat apabila Milo Dufek mengubahsuaikan teknik dayungan Canadian ke kayak.

            Di Negara kita, aktiviti berkenu dan berkayak telah wujud sejak tahun 50an lagi. Masyarakat Melayu yang tinggal di tepi-tepi sungai masih lagi menggunakan dugout sebagai kenderaan pengangkutan. Aktiviti berkayak berkembang dengan pesat apabila wujudnya Persatuan Rekreasi Luar Wilayah Persekutuan “circumnavigate” seluruh pantai Malaysia Barat dan secara tidak langsung menarik minat orang ramai dalam kegiatan ini. Wahab Ibrahim dan Hairuddin pula kemudiannya berjaya menjelajahi pantai Malaysia dalam masa dua bulan. Dalam aktiviti berkayak ini banyak peralatan yang penting yang kita gunakan dan yang paling penting ialah kayak itu sendiri, paddle (pendayung), jaket keselamatan dan yang terakhir wisel.




BAGAIMANA MEMILIH KAYAK YANG SESUAI.
Kayak yang kita pilih seharusnya bersesuaian dengan saiz badan kita dan jenis aktiviti yang hendak kita lakukan. Kayak arus deras selalunya pendek (2.86m-3.7m). Berbentuk bulat dan mempunyai geladak depan dan belakang yang nipis bertujuan untuk memudahkannya memotong air dan berpusing dengan cepat di arus deras. Kayak yang digunakan di laut pula lebih panjang (4.6m-5.7m) dan mempunyai geladak yang lebih tinggi untuk memudahkannya bergerak lurus dan meredah ombak.
            Kayak merupakan peralatan terpenting dalam aktiviti berkayak. Sebelum berkayak, kita mesti tahu nama-nama di setiap bahagian badan kayak:
a)    Bow (hadapan)
Bow ialah bahagian hadapan (hujung kayak hadapan), istilah BOW digunakan dalam pengendalian kayak, istilah BOWMEN ialah ditujukan kepada orang yang duduk dihadapan.
b)    Stern (belakang)
Stern ialah bahagian belakang (hujung kayak belakang), istilah STERN digunakan dalam pengendalian kayak. Istilah STERNMEN ialah ditujukan kepada orang yang duduk di bahagian belakang.
c)    Deck (bahagian geladak atas)
Bahagian atas kayak dipanggil Deck. Ia berfungsi menutup bahagian atas kayak dan melindungi bahagian kaki pendayung. Deck hadapan dipanggil Foredeck dan bahagian belakang dipanggil Afterdeck.
d)    Toggles
Toggles ialah sejenis tempat pemegang (tali) yang berada di bahagian Bow dan Stern. Ia berfungsi untuk memudahkan kita mengangkat kayak.
e)    Cockpit (ruang legar tempat duduk)
Cockpit ialah tempat ruang legar tempat duduk pendayung yang terletak diantara foredeck dan afterdeck. Ia berfungsi untuk pendayung duduk didalam kayak.
f)     Coaming
Coaming ialah bahagian tepi yang mengelilingi Cockpit. Ianya berfungsi sebagai penahan air untuk masuk ke dalam Cockpit. Selain itu ia juga digunakan untuk mengikat spraycover.
g)    Seat (tempat duduk)
Seat terletak didalam Cockpit. Seat adalah tempat duduk pendayung.
h)    Footrest (tempat rehat kaki)
Ia terletak didalam bahagian Foredeck. Ia merupakan tempat meletak kaki pendayung. Ia berfungsi member daya cengkaman dan sokongan tenaga yang lebih melalui kombinasi pergerakan tangan.
i)      Hull
Hull ialah bahagian bawah kayak atau pun lantai kayak.
j)      Keel
Selalunya di bahagian bawah kayak ada bahagian tengah yang timbul dari depan hingga belakang. Itu dipanggil Keel, ia berfungsi sebagai membelah air ketika mendayung.
k)    Hatches (tempat ruang simpan barang)
Lubang penutup yang terdapat pada kayak laut sahaja.



No comments:

Post a Comment